Followers

Monday, February 6, 2012

KMB's Open

4,5 februari 2012

Kejohanan Ragbi Terbuka sepuluh sebelah telah diadakan di Kolej Mara banting, Selangor. 16 pasukan telah bertanding untuk menjuarai kejohanan ini...

Aku dan kawan-kawanku telah membawa nama Tuah dalam kejohanan ini. Walaupun kami semua tinggal berlainan negeri seperti melaka, johor, perak, pahang, sabah...ada yang tidak saling mengenali tetapi kami semua seperti satu keluarga..

Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari banyak memberikan pengajaran kepada kami, Tuah Rugby CLub telah menghantar 2 pasukan iatu tuah A dan tuah B.

Tahniah kepada pasukan Tuah A kerana telah muncul naib juara dalam kategori cup. Walaupun kekalahan tipis 5-3 kepada pasukan Semashur. Kepada pasukan Tuah B, cuba lagi untuk kejohanan lain dan sama-sama la kita menaikkan nama pasukan Tuah.






Tuah B
panjang, jipang, zaki, hatim, pojie, alif, zuli, mat top, king, kimball, amer, sai, atan

Tuah A
muhsin, bobo, botak, pilah, buntai, yassin, along, angah, yackers, pelik, shidi, asli

Manager
Huda



Thursday, February 2, 2012

Berdoalah..

Kenapa aku lupa padamu...
Kenapa aku lupa dengan nikmatmu...
Ya Allah...
Bantulah aku menghadapi ujianmu di dunia ini...
Agar aku terpelihara daripada bisikan-bisikan duniawi...
Rahmatilah Perjalanku...
Supaya aku memperoleh kebenaran...

Tuesday, January 31, 2012

Belajar Tawakal Daripada Semut


Assalamualaikum..

Aku nk berkongsi sediket kisah seekor semut dengan Nabi Sulaiman a.s. Kisahnya begini, pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, hanya sebesar sebiji gandum.

Lalu, Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut itu di dalam suatu botol yang di dalamnye diisi dengan gula sebesar sebiji gandum. dan ditutupnya botol itu. Cukup tempoh setahun, semut itu dilepaskan dan anehnya hanya separuh daripada gula tersebut yang dimakan oleh semut itu.

Sang semut itu menjelaskan jikalau di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah. Sebab itu semut tersebut tidak perlu risau. Tetapi apabila dikurung oleh manusia, langkah berjaga-jaga dan berjimat perlu diambil kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Kerana manusia itu sifatnya pelupa..

Pengajaran : Jangan sesekali bergantung dengan sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantung la kepada Allah, tuhan yang memberi rezeki.Bertawakallah kepada Allah dan pelulah berikhtiar dengan keupayaan diri kita sendiri

Semoga kisah dijadikan teladan XD..