Followers

Tuesday, January 31, 2012

Belajar Tawakal Daripada Semut


Assalamualaikum..

Aku nk berkongsi sediket kisah seekor semut dengan Nabi Sulaiman a.s. Kisahnya begini, pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, hanya sebesar sebiji gandum.

Lalu, Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut itu di dalam suatu botol yang di dalamnye diisi dengan gula sebesar sebiji gandum. dan ditutupnya botol itu. Cukup tempoh setahun, semut itu dilepaskan dan anehnya hanya separuh daripada gula tersebut yang dimakan oleh semut itu.

Sang semut itu menjelaskan jikalau di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah. Sebab itu semut tersebut tidak perlu risau. Tetapi apabila dikurung oleh manusia, langkah berjaga-jaga dan berjimat perlu diambil kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Kerana manusia itu sifatnya pelupa..

Pengajaran : Jangan sesekali bergantung dengan sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantung la kepada Allah, tuhan yang memberi rezeki.Bertawakallah kepada Allah dan pelulah berikhtiar dengan keupayaan diri kita sendiri

Semoga kisah dijadikan teladan XD..


3 comments:

Rozuan Ismail said...

wah,jimatnya semut tuh

Cik Eykaa said...

terjah sni ! jum follow eykaa blik :)

BoBo.... said...

Semut tu ambil langkah berjaga2...XD